Tingkat kesedaran masalah pendengaran
Soundlife Blogpost Nst Coverage 01
NST Coverage
10/07/2019
Soundlife Blogpost Press Indian
Indian Press 2016
10/07/2019
Soundlife Press Conference Blogpost

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, populasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran dijangka semakin meningkat. Menjelang tahun 2050, lebih 900 juta orang atau satu daripada 10 orang akan mengalami masalah pendengaran.

Soundlife Press Conference Blogpost
VINCENT (kiri) menyerahkan replika cek kepada penerima bantuan pendengaran kepada wakil Pusat Jagaan Rumah Orang Tua sambil disaksikan oleh Alleya

Di Malaysia, biarpun lazimnya masalah itu akan dihidapi semua golongan namun statistiknya lebih terarah kepada warga emas. Dianggarkan 3.8 juta atau 30 peratus golongan tersebut berdepan dengan kemelut itu daripada pelbagai tahap. Namun begitu, hanya 4.4 peratus yang dirawat dan memakai alat pendengaran.

Untuk kanak-kanak pula, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran telah memakai alat bantu pendengaran dan dirawat seawal yang mungkin.

Sedar akan pentingnya ilmu pengetahuan itu, Soundlife Hearing telah menganjurkan program tanggungjawab korporat iaitu Hope for Hearing Project bermula Mac lalu.

Melalui program itu, 16 unit alat bantu berjumlah RM92,800 akan didermakan kepada individu yang mempunyai masalah pendengaran.

Artikel ini adalah ditulis oleh Sinar Harian pada 14/8/2019 dan boleh didapati pada alamat web tertera.

https://www.sinarharian.com.my/article/42842/SISIPAN/Sinar-Aktif/Tingkat-kesedaran-masalah-pendengaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *