Hubungi Kami
Kami adalah kumpulan Audiologist yang berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan audiologi/pendengaran yang khusus ke setiap penjuru dunia. Pada Mei 2015, SoundLIFE ditubuhkan sebagai perintis penyedia perkhidmatan audiologi kepada pusat perubatan, pusat alat pendengaran dan juga klinik pakar ENT. Pada Mac 2017, kami memperluaskan perkhidmatan pendengaran kami untuk menyediakan konsultasi dan pemasangan alat pendengaran profesional kepada pelanggan yang mengalami masalah pendengaran. Kami adalah penyedia rasmi alat pendengaran untuk jenama Oticon, Rexton, Phonak, ReSound, dan Cochlear.
