5 manfaat alat bantuan pendengaran perlu ambil tahu

Soundlife Press Conference Blogpost

Antara penerima bantuan alat pendengaran yang ditaja oleh Soundlife Hearing, Alleya Cheng dari Persatuan Belia Pekak Selangor, Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang dan Pantai serta individu daripada pelbagai latar belakang.

 

Gangguan pendengaran dapat diatasi dengan beberapa jalan penyelesaian dan salah satunya adalah dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Ia merupakan satu alat akustik yang digunakan di dalam atau di belakang telinga mereka yang mengalami gangguan pendengaran.

Fungsinya lebih kepada memperkuat atau memperbesar suara di sekitar sehingga membantu penggunanya untuk dapat mendengar lebih jelas.

Perlu diketahui alat bantuan pendengaran ini tidak dapat menyembuhkan gangguan pendengaran yang dialami oleh seseorang.

Berikut 5 manfaat menggunakan alat bantuan pendengaran.

 

1. Memberikan kemudahan dan keselesaan untuk mendengar

Meningkatkan keupayaan pendengaran pastinya membuat seseorang merasa tidak selesa dan cenderung mengalami kesukaran mendengar sesuatu.

Alat bantuan pendengaran berupaya memperjelas bunyi.

Perkembangan teknologi yang semakin canggih menjadikan alat bantuan pendengaran tidak hanya terdapat dalam saiz yang besar.

Pengguna alat bantuan pendengaran tidak perlu berasa malu menggunakannya dalam aktiviti harian mereka kerana ia juga bersaiz kecil.

Soundlife Press Conference Blogpost 2
Program Karnival Pendengaran ini dianjurkan oleh SoundLife Hearing dengan kerjasama Phonak Malaysia.

2. Mencegah demensia

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehilangan pendengaran yang tidak dirawat segera boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius, salah satunya ialah demensia.

Sekiranya anda tidak mahu penyakit ini kelihatan jadi lebih serius, maka jangan teragak-agak untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.

Jika anda masih tidak pasti sama ada anda mengalami masalah pendengaran atau tidak, segera lakukan pemeriksaan pendengaran anda dengan doktor ENT terdekat atau lakukan ujian pendengaran dalam talian.

 

3. Meningkatkan keseimbangan

Anda pasti tahu bahawa telinga adalah pusat keseimbangan tubuh manusia.

Jika ada masalah dengan deria pendengaran, maka satu kesan buruk adalah hilang keseimbangan badan.

Namun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran akan membantu fungsi pendengaran dengan betul supaya keseimbangan tubuh akan bertambah baik.

 

4. Meningkatkan komunikasi dan keyakinan

Fungsi alat bantuan pendengaran untuk membantu meningkatkan jumlah dan memperjelas bunyi-bunyi di sekelilingnya, supaya komunikasi dapat berjalan lancar tanpa halangan.

Malah, keyakinan pengguna juga meningkat kerana mereka tidak lagi mempunyai masalah dengan pendengaran mereka.

Setiap orang yang mengalami masalah ini pasti ingin mendengar seperti orang lain yang normal.

 

5. Elakkan perasaan yang membawa kepada kemurungan

Rasa tertekan salah satu kesan buruk pendengaran yang tidak dapat diatasi.

Ini kerana apabila mereka tidak dapat mendengar, seseorang itu akan merasa terasing kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam perbualan dengan saudara atau sahabat.

Ini menjadikan orang yang mengalami gangguan pendengaran cenderung memilih untuk menjauhkan diri.

Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan kemurungan.

Soundlife Press Conference Blogpost 3
Program CSR ‘Hope for Hearing Project’ menawarkan 16 unit alat bantuan pendengaran berjumlah RM92,800.

Tetapi perkara ini boleh dielakkan dengan menggunakan alat bantuan pendengaran segera selepas didiagnosis dengan kehilangan pendengaran.

Sehubungan itu, pengasas Soundlife Hearing Alleya Cheng yang ternyata prihatin dengan masalah ini mengambil inisiatif menganjurkan program CSR “Hope for Hearing Project” dan menawarkan 16 unit alat bantuan pendengaran berjumlah RM92,800 yang akan didermakan kepada individu mempunyai masalah pendengaran dan telah menjalankan pemeriksaan serta pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah.

Antara penerima bertuah termasuklah Persatuan Belia Pekak Selangor, Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang dan Pantai serta individu daripada pelbagai latar belakang.

Program ini telah ditaja oleh Kumpulan Swiss Medicare serta kerjasama Phonak Malaysia dan Crazy Ants Academy dengan objektif memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada yang memerlukan.

“Salah satu cabaran untuk menangani masalah pendengaran adalah menangani persepsi masyarakat terhadap masalah pendengaran.

“Kebiasaannya orang awam akan menganggap masalah pendengaran berkait rapat dengan masalah usia dan mereka akan cuba untuk membiasakan diri dengan keadaan yang mereka alami tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada golongan professional iaitu pakar pemulihan pendengaran atau ‘audiologist’.

“Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada masalah pendengaran dan ia boleh berlaku di semua peringkat umur,” katanya.

Berdasarkan statistik World Health Organization 2018, sekitar 5% populasi dunia iaitu 466 juta mengalami masalah pendengaran dan 34 juta daripada jumlah tersebut tergolong dalam populasi kanak-kanak.

Populasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran pula dijangkakan semakin meningkat dimana pada tahun 2050 lebih 900 juta orang atau 1 daripada 10 orang akan mengalami masalah pendengaran.

Di Malaysia masalah pendengaran dihidapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa secara lazimnya iaitu kira-kira 3.8 juta atau 30% warga emas mempunyai masalah pendengaran.

Namun hanya 4.4% yang dirawat dan memakai alat pendengaran.

Bagi kanak-kanak pula 1 atau 2 daripada 1,000 kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran dan telah memakai alat bantuan pendengaran dan dirawat seawal yang mungkin.

Artikel ini adalah ditulis oleh FMT News pada 1/8/2019 dan boleh didapati pada alamat web tertera.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/01/5-manfaat-alat-bantuan-pendengaran-perlu-ambil-tahu/